AS kerah askar halang ribuan imigran Amerika Tengah - Utusan Malaysia

AS kerah askar halang ribuan imigran Amerika Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Pentagon dijangka mengerahkan kira-kira 800 askar ke sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, kata dua pegawai kepada agensi beri­ta AFP kel­marin selepas Pre­siden Do­nald Trump me­minta pa­sukan tentera membantu menangani ‘darurat negara’ dan meminta beribu-ribu imigran yang bergerak menuju ke AS supaya berpatah balik.

Pasukan tentera itu akan menambahkan kekuatan 2,000 anggota pasukan Pengawal Kebangsaan yang telah dikerahkan bagi menyokong operasi di sempadan berkenaan.

Arahan mengenainya kelmarin, dikeluarkan selepas beribu-ribu imigran dari rantau Amerika Tengah menyeberang masuk ke Mexico sebelum bergerak menuju ke AS dalam sebuah kumpulan besar.

Ramai imigran melarikan diri daripada kemiskinan dan keadaan tidak selamat di Honduras di mana gengster-gengster berkuasa di jalanan dan melakukan keganasan melampau.

Akhbar The New York Times melaporkan malam kelmarin bahawa Trump bersedia mempertimbangkan perintah eksekutif untuk menghalang imig­ran dari Amerika Tengah itu masuk ke AS.

“Kepada mereka yang berada dalam konvoi imigran ini, berpatah balik, kami tidak membenarkan orang memasuki AS secara haram,” kata Trump menerusi Twitter tengah hari kelmarin.

“Patah balik ke negara asal kamu dan sekiranya kamu mahu (masuk ke AS), mohon kewarganegaraan seperti berjuta-juta yang lain lakukan!” tambahnya.

Awal pagi kelmarin, kumpulan pendatang tanpa izin itu bertolak dari pekan Mapaste­pec di negeri Chiapas, selatan Mexico untuk menuju ke AS. 
– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN