WASHINGTON 24 Okt. – Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pembatalan visa terhadap pegawai Arab Saudi terlibat dalam pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi dalam tindakan paling tegas diambil setakat ini terhadap sekutu lama negara ini.
Jamal Khashoggi
Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata, Amerika mengenalpasti beberapa individu di sebalik kematian Jamal di konsulat Arab Saudi di Turki, awal bulan ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kita mengambil tindakan sewajarnya termasuk membatalkan visa dan pelbagai langkah lain dan langkah tambahan juga dipertimbangkan terhadap individu terlibat,” kata Pompeo. – AFP











