Arab Saudi tolak bicara suspek di Turki - Utusan Malaysia

Arab Saudi tolak bicara suspek di Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAMA 27 Okt. – Arab Saudi akan mendakwa suspek pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di negara itu sebagai reaksi kepada permintaan Ankara yang mahu mereka diekstradisi ke Turki.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata, berhubung isu ekstradisi dibangkitkan Turki, kesemua individu berkenaan merupakan rakyat tempatan dan ditahan di Arab Saudi.

“Siasatan dilakukan di Arab Saudi begitu juga mereka akan didakwa di Arab Saudi,” kata Adel pada satu forum pertahanan serantau di Bahrain, hari ini.

Komen Adel dibuat pada hari yang sama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta kesemua 18 suspek terbabit pembunuhan Jamal di Istanbul diekstradisi ke negara itu.

Selepas menafikan mengetahui tentang kedudukan Jamal selama hampir tiga minggu, Riyadh akhirnya mengaku pembunuhan pengkritik kerajaan Arab Saudi itu sesuatu yang dirancang tetapi menafikan pembabitan Putera Mahkota Mohammed Salman.

“Kami akan mengatasinya. Isu itu seperti yang saya katakan sedang disiasat.

“Kita akan mengetahui kebenaran dan mereka yang bertanggungjawab pasti dihukum selain memastikan perkara itu tidak berulang lagi,” kata Adel.

Jamal yang pernah menjadi sebahagian kerabat raja Arab Saudi, disisihkan selepas Mohammed dinamakan putera mahkota tahun lalu.

Beliau memilih untuk tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat dan menjadi ko­lumnis The Washington Post yang mana hasil penulisannya kerap mengkritik putera mahkota terbabit.

Jamal kali terakhir dilihat selepas memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu bagi mendapatkan dokumen untuk berkahwin dengan tunangnya seorang warga Turki, Hatice Cengiz.

Hatice menuntut hukuman ke atas setiap individu yang ter­babit dalam pembunuhan tu­nangnya daripada peringkat bawah hingga ke peringkat ter­tinggi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN