Arab Saudi mengaku Jamal dibunuh - Utusan Malaysia

Arab Saudi mengaku Jamal dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi semalam mengaku kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi, 59, telah dibunuh di dalam Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki.

Pengumuman yang mengejutkan ramai itu turut disiarkan stesen televisyen berita rasmi negara itu selepas Arab Saudi sejak dua minggu lalu menolak dakwaan mengenai pembabitannya dalam insiden kehilangan Jamal.

Riyadh menjelaskan, Jamal terbunuh selepas terbabit dalam ‘pergaduhan’, satu penjelasan yang dianggap berwibawa oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), D­onald Trump.

Sementara itu, Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud al-Mojeb berkata, Jamal me­ninggal dunia selepas perbincangan di konsulat itu yang bertukar menjadi pergaduhan. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi mayat mangsa.

“Perbincangan yang berlaku antara dia (Jamal) dan individu yang bertemu dengannya di Konsulat Arab Saudi di Istanbul membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran dengan orang awam iaitu Jamal Khashoggi yang seterus­nya menyebabkan kematian­nya. Semoga rohnya tenang dan damai,” kata Peguam Negara itu dalam satu ke­nyataan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN