DUBAI 15 Okt. – Arab Saudi memberi amaran akan bertindak balas terhadap sebarang sekatan yang dikenakan untuk menghukum negara itu berhubung kehilangan wartawan Jamal Khashoggi. “Kerajaan Arab Saudi menolak sepenuhnya sebarang ancaman dan usaha untuk melemahkan negaranya sama ada melalui ugutan mengenakan sekatan ekonomi, menggunakan tekanan politik atau mengulangi tuduhan palsu,” kata seorang pegawai kerajaan yang dilaporkan oleh agensi berita negara itu. Jurucakap itu berkata, Riyadh bersedia bertindak balas dengan tindakan lebih dashyat memandangkan Arab Saudi yang merupakan pengekport utama minyak mentah dunia itu mempunyai peranan berkesan dan penting dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya