RAKYAT pastinya ternanti-nanti apa ‘hidangan’ istimewa yang bakal disajikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada pembentangan Bajet 2019 bulan depan. Sudah tentu harapan rakyat menggunung tinggi sebagai ‘timbal balas’ terhadap usaha terbesar mereka mengangkat PH untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini. Barisan kepemimpinan baharu menggantikan BN selepas 60 tahun mentadbir negara haruslah lebih baik. Rakyat begitu mendambakan nasib dan kebajikan mereka dapat dibela lebih bagus dalam menghadapi kos sara hidup…










