ADA orang, dalam sehari dia tidak dipuji oleh sesiapa, dia akan resah gelisah. Tidak senang duduk. Hidupnya jadi tidak lengkap pada hari itu. Rasa kosong. Hatinya meronta-ronta mahu menjadi tumpuan. Setidak-tidaknya daripada kawan-kawan yang paling dekat. Tapi pada zaman sekarang ini memang senang untuk mendapat pujian. Upload saja gambar sendiri di akaun media sosial, tidak kiralah yang diedit atau tidak, ramailah memuji, walaupun sebenarnya bukan ikhlas sangat. Sekadar ambil hati…










