Anwar terima anugerah doktor kehormat UNP - Utusan Malaysia

Anwar terima anugerah doktor kehormat UNP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan doktor kehormat (DR HC), penganugerahan tertinggi Universiti Negeri Padang (UNP), Indonesia untuk tokoh yang dinilai berjasa dalam bidang politik pendidikan hari ini.

Menurut portal be­rita Indonesia, detiknews, upacara penganugerahan kepada Anwar itu turut dihadiri Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Per­juangan (PDI-P), Megawati Soekar­noputri.

Megawati berkata, beliau dan Anwar memiliki beberapa persamaan dalam bidang politik iaitu perjalanan politik kedua-duanya tidak berjalan dengan mudah.

“Bagi saya Anwar ialah seorang ahli akademik yang tidak pernah berhenti dalam menjalankan tugasnya.

“Anwar ialah contoh nyata ahli akademik yang terus menerus aktif dalam sebuah perjalanan politik yang panjang dan saya yakin Anwar mele­takkan gelaran akademik bukan untuk kepentingan politik semata-mata tetapi bersandarkan kepada kebenaran,” katanya seperti yang dilaporkan portal detiknews hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mengucapkan terima kasih atas anugerah yang telah dikurniakan kepadanya itu.

“Seperti saranan Soekarno (bekas Pre­siden Indonesia), selalu menekankan bahawa untuk membina pengetahuan, anak-anak muda mes­ti mencari pe­ngalaman di luar.

“Saya adalah watak kecil, saya juga membaca lebih ba­nyak di luar selepas tamat kuliah, saya lama dipenjarakan dan membaca buku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN