PORT DICKSON 5 Okt. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Depot Rejimen Askar Melayu Diraja di sini.
Lengkap berbaju Melayu putih, Anwar tiba di masjid kira-kira pukul 1 petang seterusnya menuju ruang solat untuk menunaikan solat sunat Jumaat.
Selesai mendengar khutbah bertajuk ‘Perjuangan Menegakkan Akidah’ serta menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Mejar Anuar Mohd. Ehwal, Anwar yang juga merupakan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson turut meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir.
Memuatkan artikel berkaitan…
Turut kelihatan hadir, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali. – UTUSAN ONLINE











