PORT DICKSON – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas rasmi pertamanya dengan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd. Zamri Mohd. Esa di sini pagi semalam.
Beliau mengadakan pertemuan itu di Kompleks Pentadbiran Port Dickson di sini bagi mendapatkan maklumat mengenai pembangunan dan pertadbiran daerah ini.
Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Harapan kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Kampung Paya di sini sebelum menghadiri majlis penyerahan mesin dialisis serta alat bantuan kecemasan di Hospital Port Dickson.










