PORT DICKSON – Bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson semalam apabila berjaya mengalahkan enam calon lain dengan memperoleh majoriti sebanyak 23,560 undi.
Pada PRK itu, Anwar, 71, yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) berjaya mendapat 31,016 undi diikuti pesaing terdekatnya iaitu Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar daripada Pas yang meraih 7,456 undi.
Lima calon Bebas kehilangan deposit masing-masing termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang hanya mampu mendapat 4,230 undi, Stevie Chan Keng Leong (337), Lau Seck Yan (214), Kan Chee Yuen (154) dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang menerima 82 undi.
Pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memerintah Malaysia buat kali kedua untuk tempoh dua tahun sudah dipersetujui oleh semua parti dalam PH sebagaimana terkandung dalam perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











