KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang memasuki hari keenam semalam menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului pesaing-pesaingnya dalam banyak perkara. Calon Pakatan Harapan (PH) itu berada di hadapan dari segi perang poster, perang siber dan penganjuran program serta ceramah. Poster yang memaparkan gambar Anwar serta bendera PH banyak kelihatan di sekitar kawasan tumpuan orang ramai di Port Dickson, manakala bendera Pas setakat ini, dipasang di lokasi berhampiran…










