KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson di Dewan Rakyat di sini sebentar tadi.
Anwar mengangkat sumpah tersebut di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.
Pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson, Anwar memperoleh 31,016 undi, menewaskan calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon Bebas iaitu bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan (82 undi) dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (4,230 undi).
Dua lagi calon bebas yang ditewaskan ialah Lau Seck Yan (214 undi); personaliti media sosial Stevie Chan (337 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi). – K! ONLINE










