KUALA LUMPUR 15 Okt. – Setelah dilambung gelombang politik selama 20 tahun termasuk keluar masuk penjara, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali semula ke Parlimen, hari ini. Beliau yang juga Presiden PKR, mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat di sini. Ahli Parlimen Port Dickson itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof. Dalam pada itu, Mohamad Ariff mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kelmarin.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya