SEREMBAN 21 Okt. – Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook kembali dipilih sebagai Pengerusi DAP negeri ini dalam Konvensyen DAP Negeri Sembilan Ke-18 di sini hari ini. Beliau yang juga Menteri Pengangkutan telah menjawat jawatan berkenaan sejak 14 tahun lalu. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya, P. Gunasekaran dan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin, masing-masing mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi dan Setiausaha parti itu bagi negeri…










