SHAH ALAM – Seorang anggota polis berpangkat koperal direman selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima wang suapan bagi mengurangkan harga saman trafik yang dikenakan kepada pemilik kenderaan. Perintah tahanan reman ke atas anggota polis lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Shah Alam, P. Sarulatha, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 11 pagi. Menurut sumber, anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ditahan selepas hadir memberi keterangan di SPRM Selangor, semalam. Katanya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya