TAWAU – Jenazah anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mazlan Omarbaki, 25, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Payung di sini hari ini. Jenazah dikebumikan pada pukul 7.30 malam selepas disembahyangkan di rumah keluarganya di Kampung Tinagat di sini. Lebih 100 orang hadir ke tanah perkuburan tersebut termasuk anggota bomba, penduduk kampung serta Angota Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan…









