Anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seorang anggota bomba cedera dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran di sebuah kedai runcit, Plaza Lido di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam tersebut, mangsa, Amran Amir, 27, dirawat oleh pasukan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 dekat sini untuk rawatan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah berkata, seramai 24 anggota bersama dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.44 tengah malam.

“Sebaik tiba di tempat kejadian pasukan bomba bertugas segera bertindak menjalankan operasi memadam kebakaran yang melibatkan sebuah premis berkeluasan 1.85 meter persegi x 3.71 meter persegi.

“Semasa operasi tersebut seorang anggota bomba mengalami kecederaan disyaki terkena renjatan elektrik namun, kini dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.  

Sehubungan itu, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.03 pagi. 

Punca dan jumlah kerugian pula masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN