IPOH – Seorang lelaki yang tergamak memenggal kepala bapanya dan mengerat tubuh warga emas itu kepada enam bahagian direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung jenayah kejam berkenaan. Perintah tahanan reman yang bermula semalam sehingga Selasa minggu depan terhadap suspek yang berusia 52 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Ja’afar di Mahkamah Majistret di sini. Lelaki yang diberkas kelmarin itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan…










