Amerika Syarikat mahu siasatan telus pembunuhan Jamal Khashoggi - Utusan Malaysia

Amerika Syarikat mahu siasatan telus pembunuhan Jamal Khashoggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE 28 Okt. – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis berkata, beliau telah berjumpa dengan Menteri Luar Negara Arab Saudi dan meminta siasatan telus dibuat terhadap pembunuhan wartawan , Jamal Khashoggi.

Mattis berjumpa dengan Adel al-Jubeur ketika persidangan di Bahrain, semalam dan membincangkan berkaitan perkara itu.

“ Kami ada bincangkannya. Kamu tahu, perkara yang sama kami bincangkan, keperluan untuk telus, penuh dan siasatan yang lengkap,” katanya kepada sekumpulan wartawan yang turut bersama ke Prague. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN