Amaran angin kencang di enam buah negeri - Utusan Malaysia

Amaran angin kencang di enam buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di enam negeri iaitu di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah bermula esok hingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku dalam tempoh sama,” katanya.

Sementara itu, keadaan angin kencang Timur Laut dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef South, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan.

Katanya, keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN