KUALA LUMPUR 11 Okt. – Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan tidak akan dikebumikan esok. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, proses pengkebumian itu ditangguhkan memandangkan proses bedah siasat belum selesai. “Kita perlu menunggu sehingga patologi selesai melakukan bedah siasat baru proses pengkebumian dilakukan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata jenazah Nazrin akan dikebumikan pada esok. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya