Alami pendarahan, kandungan Lana Nodin selamat - Utusan Malaysia

Alami pendarahan, kandungan Lana Nodin selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Lana Nodin bersyukur kerana kandungannya yang kini mencecah usia tujuh bulan selamat selepas dia dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami pendarahan pagi semalam.

Ketika kejadian sekitar pukul 8 pagi itu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 38, sedang bersarapan di rumahnya sebelum menyedari berlaku pendarahan yang banyak. 

“Mula-mula saya ingatkan air ketuban pecah sebab darah keluar agak banyak dan berlendir. 

“Situasi itu membuatkan saya dan suami panik sebelum dia membawa saya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setibanya di sana, saya ditahan seharian di wad atas nasihat doktor.

“Alhamdulillah selepas menjalani rawatan dan menerima suntikan, sekarang bayi dalam keadaan baik,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Jelas Lana, punca pendarahan itu berlaku kerana dirinya terlalu aktif bergerak dan melakukan banyak aktiviti luar. 

Malah, dia juga baru melakukan penerbangan jauh apabila pulang ke Malaysia dari Amerika Syarikat (AS) lima hari lalu. – K! ONLINE  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN