KUALA LUMPUR – Pelakon Lana Nodin bersyukur kerana kandungannya yang kini mencecah usia tujuh bulan selamat selepas dia dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami pendarahan pagi semalam. Ketika kejadian sekitar pukul 8 pagi itu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 38, sedang bersarapan di rumahnya sebelum menyedari berlaku pendarahan yang banyak. “Mula-mula saya ingatkan air ketuban pecah sebab darah keluar agak banyak dan berlendir. “Situasi itu membuatkan saya dan suami…









