KEPRIHATINAN rakyat Malaysia dalam membantu golongan kurang bernasib baik sepatutnya dipuji. Banyak kerja khidmat sosial dijalankan bagi mengumpul sumbangan membantu golongan ini. Bukan sahaja daripada orang perseorangan, persatuan, dan pertubuhan bukan kerajaan, bahkan korporat dan syarikat-syarikat perniagaan turut mengorak langkah bagi mengumpulkan sumbangan. Loka Malaysia tidak ketinggalan turut serta melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan dan susah. Beroperasi di pusat beli-belah bertaraf empat bintang, iaitu Nu…









