Air pasang besar diramal 24 hingga 26 Disember - Utusan Malaysia

Air pasang besar diramal 24 hingga 26 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Fenomena air pasang besar yang diramal pada 24 hingga 26 Disember depan dikhuatiri mengakibatkan bencana banjir teruk di tiga daerah pesisir pantai di negeri ini melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, ia berikutan pihak Jabatan Meteorologi turut melaporkan ramalan hujan lebat di seluruh negeri itu bermula pertengahan Disember depan.

“Hujan lebat (musim tengkujuh) dijangka berlaku sehingga awal Januari. Paling membimbangkan ialah bacaan taburan hujan dalam tempoh setahun akan turun dalam tempoh singkat selama beberapa hari ketika air pasang besar itu berlaku,” ujar Muhammad Safian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang di Bilik Mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan di sini tengah hari tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN