PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pagi ini hadir sekali lagi bagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kali kelima.
Ahmad Zahid yang memakai baju berwarna putih tiba di ibu pejabat SPRM di sini dengan menaiki kenderaan jenis Lexus berwarna putih pada pukul 9.18 pagi.
Menurut sumber, Ahli Parlimen Bagan Datuk tersebut dipercayai memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Semalam dan kelmarin, Ahmad Zahid telah dipanggil memberi keterangan masing-masing selama lapan dan sembilan jam selain untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu. – K! ONLINE











