Ahmad Zahid hadir beri keterangan di SPRM - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid hadir beri keterangan di SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba pada pukul 9.20 pagi bersama anak perempuannya, Nurul Hidayah.

Ini merupakan kali ketiga Ahmad Zahid dipanggil memberi keterangan kepada SPRM apabila sebelum ini membabitkan siasatan penyelewangan dana yayasan dikaitkan dengan beliau iaitu Yayasan Akal Budi.

Bagaimanapun, tiada arahan kepada SPRM untuk menangkap dan mendakwa Ahmad Zahid.

Difahamkan, penyiasat SPRM hanya mahu menyoal Zahid sebagai sebahagian daripada proses siasatan mereka.

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah disoal berkaitan penggunaan dana organisasi kebajikan Yayasan Akal Budi yang digunakan bagi menjelaskan hutang kad kredit beliau.

Dalam pertemuan lain, beliau turut disiasat berkaitan dakwaan bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN