Ahli UMNO reda, tidak akan tukar parti - Annuar - Utusan Malaysia

Ahli UMNO reda, tidak akan tukar parti – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Walau apa pun dugaan mendatang, ahli-ahli UMNO reda untuk hilang pemimpin-pemimpinnya, namun, mereka tetap mempunyai pendirian teguh dan sama sekali tidak akan menukar parti.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ahli-ahlinya adalah orang Melayu yang amat setia dengan partinya.

Malah, kata Annuar, UMNO juga merupakan parti yang cukup berperaturan dan berdisiplin selain politik wang sudah dihapuskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kini, politik wang menjadi amalan parti lain yang berhijrah dari UMNO. Amat sukar bagi ahli UMNO untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Yang sering bermasalah dalam UMNO adalah pemimpinnya, yang bertukar parti adalah pemimpinnya, yang berebut kuasa adalah pemimpinnya, yang rasuah adalah pemimpinnya, dan diseret ke mahkamah adalah pemimpinnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam supaya ahli-ahli UMNO menyertai Bersatu.

UMNO kini memiliki seramai 3.6 juta ahli dengan 22,000 cawangan di 191 bahagian.

Mesyuarat UMNO dengan hampir 200,000 perwakilan selama ini berjalan aman tanpa insiden tidak diingini.

Tambah Annuar, ahli UMNO di negeri-negeri tertentu tetap kukuh sebaliknya Bersatu terutama di Negeri Sembilan terpaksa dibubarkan.

“Begitu juga di negeri-negeri lain di mana Bersatu sangat lemah, terlalu kecil dan tiada sambutan daripada rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini