KUALA LUMPUR – Seluruh ahli UMNO diminta bertenang serta menghormati sistem perundangan negara meskipun Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadapi 45 pertuduhan yang disifatkannya sebagai bermotifkan politik.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ahli parti perlu bertenang dan percaya dengan kewibawaan institusi awam yang menjalankan proses perundangan.
“Kita biar proses perundangan berjalan dengan lancar serta berdoa supaya beliau (Ahmad Zahid) mendapat perbicaraan yang adil dan telus.
“Saya harap supaya mereka menjalankan tugas dengan cara profesional tanpa prejudis serta tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam.










