Ahli politik tidak disyorkan pingat - Utusan Malaysia

Ahli politik tidak disyorkan pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah berpendirian tidak akan menge­syorkan sebarang nama mereka yang terlibat dalam politik bagi penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sempena sambutan Hari Wilayah tahun depan.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pemberian anugerah itu akan diberikan kepada mereka yang benar-benar berkhidmat kepada masyarakat.

“Pemberian darjah kebesaran dan pingat itu akan diadakan pada tahun depan namun saya nak pengiktirafan ini diberi kepada golongan pendidik dan sukarelawan yang terlibat dalam isu kemanusiaan serta mereka yang mengharumkan nama di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pembe­rita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan World Energy Cities Partnership (WECP) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN