Ahli PKR Cabang Klang pilih Rafizi - Utusan Malaysia

Ahli PKR Cabang Klang pilih Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memperoleh 1,064 undi sekali gus menewaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR bagi peringkat Cabang Klang di sini hari ini.

Mohamed Azmin hanya menerima  719 undi. 

Bagi jawatan Naib Presiden, perwakilan memilih Nurul Izzah Anwar dengan 1, 401 undi, S. Kesavan (1,262), William Leonv Jee Keen  (1,206), Datuk Johari Abdul (1,143) dan Dr.Xavier Jayakumar (836).

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Cabang Klang dimenangi Yew Boon Lye 1,393 undi sekaligus mengalahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri yang hanya memperolehi 961 undi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN