BERBAKAT. Seramai 19 ahli Persatuan Kompang Al-Hafiz terlibat dalam mengadakan persembahan pada satu majlis perkahwinan di Zon Permatang, Taman Desa Jaya, Johor Bahru baru-baru ini.
Ini merupakan persembahan kali keempat kumpulan berkenaan yang ahli-ahlinya berumur antara lapan hingga 15 tahun.
Menurut tenaga pengajarnya, Irwan Effendy Ishak, kumpulan berkenaan ditubuhkan bagi meneruskan tradisi permainan kompang dalam kalangan generasi muda.










