KUALA LUMPUR 24 Okt. – Bekas Ketua Pemuda Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM5,300, dua tahun lalu. Datuk Lee Kim Hock, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melupuskan wang sejumlah RM1,300 yang merupakan hasil…










