Ahli Parlimen tidak muncul beri keterangan kes cabul - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen tidak muncul beri keterangan kes cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Lebih 10 pengamal media yang menunggu kehadiran seorang Ahli Parlimen dari Perlis untuk memberikan keterangan berhubung kes cabul bawah umur hampa apabila kelibat individu tersebut tidak muncul.

Ahli Parlimen yang juga merupakan bekas menteri itu dikatakan akan hadir ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 10 pagi, namun sehingga pukul 3 petang masih tidak muncul.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, , Ahli Parlimen tersebut akan dirakam percakapan kira-kira pukul 10 pagi oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11).

Sebelum ini, Polis Kontinjen Perlis menafikan dakwaan berlakunya cubaan menutup kes seksual melibatkan Ahli Parlimen itu, sebaliknya siasatan dijalankan secara sulit mengikut prosedur ditetapkan kerana kes membabitkan mangsa bawah umur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN