PETALING JAYA 26 Okt. – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menepati jangkaan beberapa pihak sebelum ini. Beliau hadir ke ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, di sini malam ini untuk menyerahkan borang penyertaan tersebut kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penyertaan itu dibuat selepas sebulan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu isytihar keluar UMNO setelah 40 tahun bersama parti berkenaan. “Saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kerana menerima kemasukan saya. Ini membolehkan saya memainkan peranan yang lebih berkesan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya