Ahli Majlis Daerah antara ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Ahli Majlis Daerah antara ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Ahli Majlis Daerah antara 23 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2015 sehingga kini kerana terlibat dalam kegiatan rasuah serta salah guna kuasa di Cameron Highlands, Pahang.

Turut ditahan ialah akauntan pe­jabat daerah, kontraktor, pekebun dan pendatang asing­ tanpa izin (PATI) di tanah tinggi terbabit.

Timbalan Ke­tua Pe­suruhjaya (Ope­­rasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ber­kata, susulan penahanan terbabit, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 11 individu telah didakwa atas pelbagai ke­salahan mengikut Akta SPRM 2009 berkaitan isu tersebut.
 Ujar beliau, SPRM sama sekali tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan sekiranya terdapat dakwaan mengenai pencerobohan tanah serta penerokaan kebun haram di kawasan tersebut sehingga mengakibatkan kejadian ta­nah runtuh berulang.

Memuatkan artikel berkaitan…
Azam Baki
AZAM BAKI

“Pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguatkua­sakan undang-undang di tanah tinggi itu perlu segera mengambil tindakan seper­timana keputusan Pasukan Petugas Khas Op Gading dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muh­yiddin Mohd. Yassin sebelum ini.

“Sehubungan itu, SPRM memin­ta orang ramai yang mempunyai maklumat berasas mengenai kegiatan rasuah membabitkan kes pencerobohan ta­nah dan pene­rokaan kebun ha­ram di Cameron High­lands untuk me­laporkan terus kepada pejabat SPRM terdekat,” katanya di sini hari ini.

Semalam, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporannya mendedahkan mengenai penerokaan tanah di Cameron Highlands kini semakin parah dan berada pada tahap membimbangkan.

Laporan itu mendedahkan pencerobohan tanah berlaku disebabkan gejala rasuah dalam kalangan anggota agensi berkaitan di bawah kawasan pelancongan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini