ALOR SETAR 2 Okt. – Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya merangkul pingat gangsa bagi kategori Cap Dagangan menerusi pencalonan ‘Manager’s Coffee’ pada Anugerah Harta Intelek Negara 2018 (AHIN 2018) baru-baru ini. Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir berkata, kemenangan itu memberi pengiktirafan kepada produk keluaran universiti berkenaan secara tidak langsung menunjukkan jenama ‘Manager’s Coffee’ berpotensi dikembangkan di peringkat nasional mahupun antarabangsa. “Cap dagangan memainkan peranan penting dalam mempromosikan sesuatu…










