BOGOR (Indonesia) – Malaysia tersingkir daripada saingan bola sepak bawah 19 tahun Konfederasi Bola Sepak Asia 2018 (AFC U19), selepas menduduki tempat tercorot Kumpulan D. Pada perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Pakansari, Bogor itu, Malaysia tewas 0-2 kepada China, di sini malam ini. Gol China dijaringkan Tao Qianlong pada minit ke-44 dan Xu Yue pada minit ke-58. Dalam satu lagi aksi perlawanan Kumpulan D di Stadium Patriot Chandrabhaga di Bekasi, Arab Saudi menewaskan Tajikistan 3-1. Sebelum sepak mula, Malaysia perlu menang sambil mengharapkan Tajikistan tewas untuk menduduki tempat kedua peringkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya