KOTA BHARU 31 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan meluluskan peruntukan pembangunan kecil sebanyak RM50,000 kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang di negeri ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berharap agar kesemua ADUN pembangkang dapat menggunakan peruntukan bagi belanjawan 2019 tersebut dengan baik demi manfaat rakyat. “Bermula tahun depan, semua ADUN pembangkang seramai lapan orang akan menerima peruntukan pembangunan kecil sebanyak RM50,000 seorang. Ini menjadikan jumlah…










