ADUN Kota Anggerik terima ijazah sarjana - Utusan Malaysia

ADUN Kota Anggerik terima ijazah sarjana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Walaupun sentiasa sibuk dalam memberikan khidmat kepada rakyat, tanggungjawab itu tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd. Najwan Halimi untuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.

Mohd. Najwan, 33, graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Tadbir Urus Korporat) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, kejayaan ini membuktikan keputusannya untuk menerima tawaran mewakili PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu adalah tepat walaupun pada masa sama sibuk dengan kuliah dan tugasan.

Menurut calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu, beliau telah membahagikan jadual waktu belajar dan bekerja dengan sebaiknya supaya tidak mengganggu aktiviti politik.

“Walaupun sibuk, saya akan memastikan setiap tugasan dan kuliah akan disiapkan tanpa sebarang masalah. Saya memang disiplin dan tekad untuk menghabiskan pelajaran sehingga saya banyak menyertai kerja kumpulan sepanjang saya mengikuti pengajian separuh masa ini.

“Walaupun saya bekerja dan belajar, saya kena kuatkan semangat untuk menghabiskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana,” katanya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen UPM ke-42 di Serdang dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN