Aduan tinggi bukti sistem e-undi PKR tidak stabil - Utusan Malaysia

Aduan tinggi bukti sistem e-undi PKR tidak stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Aduan tinggi yang diterima berhubung sistem e-undi yang digunakan dalam pemilihan PKR menunjukkan sistem itu tidak stabil.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) perlu menjalankan siasatan secara bebas.

Menurut beliau, tidak dapat dinafikan banyak aduan diterima di peringkat akar umbi malah baru-baru ini ahli PKR di Sarawak telah membuat akuan berkanun bagi menunjukkan isu yang dibangkitkan itu amat serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam banyak keadaan sepanjang tiga hingga empat minggu kebelakangan ini mengenai aduan-aduan terhadap sambungan internet yang tidak stabil dan undi yang hilang termasuklah di cabang saya sendiri iaitu Gombak.

“Bagaimana anda mahu menjelaskan apabila anda mengeluarkan hampir 1,700 kod QR namun hasil undian itu tidak sama dengan jumlah itu. Ada sesuatu tidak kena. Anda tidak boleh ketepikan perkara ini dan JPP perlu lakukan siasatan sepertimana dituntut ahli PKR,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sistem e-undi digunakan oleh PKR dalam pemilihan pimpinan parti akan terus kekal dan tidak akan ditukar dengan sistem pengundian yang lama.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, adalah menjadi tanggungjawab JPP untuk memastikan seluruh proses pemilihan ini termasuk sistem e-undi dilaksanakan secara telus.

“Pemimpin tidak boleh masuk campur dalam proses pemilihan, kita sudah berikan mandat kepada JPP untuk kendalikan pemilihan yang bebas dan adil,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini