Adu domba terhadap ICERD adalah fitnah - Mujahid - Utusan Malaysia

Adu domba terhadap ICERD adalah fitnah – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Komitmen untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak akan menjejaskan isu-isu berkaitan hak orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Meskipun pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak bersetuju dengan komitmen kerajaan untuk meratifikasi ICERD, namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mempunyai pandangan berbeza.

Bagi Mujahid, segala adu domba pihak tidak bertanggungjawab bahawa keputusan menandatangi konvensyen itu akan membawa kepada terhapusnya hak orang Melayu dan bumiputera adalah satu bentuk fitnah.

“Ingin saya jelaskan apa yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah satu fitnah yang menyemai kebencian dan berpotensi membawa kepada masalah perkauman.

“Jadi, saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan bahawa semua perjanjian antarabangsa melibatkan hak asasi manusia tidak akan beri kesan daripada sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Mujahid berkata demikian dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini khusus untuk menjawab mengenai isu ICERD itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN