ALHAMDULILLAH setuju sangat apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengehadkan tempoh pemimpin menjadi Perdana Menteri (PM), Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri (KM) hanya untuk dua penggal saja. Mungkin ada pihak termasuk sesetengah pemimpin terbabit merasakan tempoh dua penggal tidak cukup untuk membolehkan mereka melaksanakan segala agenda atau pembaharuan sama ada di peringkat negara atau negeri. Tentunya Dr. Mahathir sudah memikirkan baik buruk jika dibiarkan seseorang pemimpin menerajui kerajaan untuk tempoh…










