PUTRAJAYA 23 Okt. – Jumlah atlet muda termasuk yang masih di bangku sekolah positif doping kini berada di tahap cukup membimbangkan, kata Agensi Antidoping Malaysia (Adamas). Menurut Pengarah Adamas, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz, terbaharu pihaknya mengesahkan sudah empat atlet Sukan Malaysia (Sukma) 2018 positif doping. Lebih membimbangkan, katanya, ada empat lagi sampel air kencing sedang menunggu untuk diuji semula kerana keputusan pertama lalu disyaki mencurigakan. “Ada kes tahun ini…










