PULAU PINANG 10 Okt. – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri menggesa supaya undang-undang dan peraturan berkaitan penjualan arak dipinda serta diperketat supaya tidak dijual secara terbuka dan mudah diakses seperti di kedai serbaneka atau pasar raya. Ketua Penerangannya, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh melaksanakan perkara itu dengan memastikan penjualan arak hanya dibuat di kedai atau premis menjual arak.…










