PULAU PINANG 21 Okt. – Seorang abang tidak menyangka panggilan yang diterima daripada adiknya Rabu lalu adalah panggilan terakhir. Mohamad Ripon Hussain, 32, berkata, dia tidak melayan panggilan video yang dibuat adiknya, Mithu kerana suasana bising di tempat kerjanya di Valdor dekat Sungai Bakap. Menurutnya, dia menjawab panggilan adiknya dan berjanji akan menghubunginya semula namun dia terlupa sehinggalah dimaklumkan tragedi yang menimpa adiknya itu. “Saya sedih kerana tak layan panggilan…










