KLUANG 19 Okt. – Seramai 95 mangsa banjir daripada 25 keluarga di daerah ini masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Simpang Renggam setakat pukul 8 pagi ini. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga kawasan di Simpang Renggam yang masih terjejas adalah Kampung Parit Hassan, Kampung Parit Haji Hassim dan Kampung Kolam Air. Daripada jumlah berkenaan, seramai 15 orang daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Parit Hassan yang dibuka pukul 8.20 pagi semalam, manakala 32 daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS Balai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya