PETALING JAYA 31 Okt. – Sebanyak 85 peniaga terpilih menerima Anugerah Premis Bersih Makanan Bersih 2018 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang berlangsung di sini hari ini.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, anugerah itu diadakan sebagai penghargaan dan mengiktiraf
pengusaha premis makanan yang mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti makanan.
“Kriteria pemilihan itu meliputi aspek kebersihan, kawalan mutu makanan, pematuhan syarat permit, keindahan persekitaran dan mesra
pelanggan yang dinilai oleh panel juri terdiri daripada pihak persatuan dan MBPJ.
“Saya berharap tahap kebersihan tempat makan di sekitar Petaling Jaya dapat ditingkatkan bagi memastikan kawasan ini bebas daripada
penyakit bawaan makanan sekali gus menjadi pilihan orang ramai,” katanya ketika berucap dalam majlis pencapaian anugerah berkenaan.- UTUSAN ONLINE










