80 peratus transgender adalah pekerja seks - Utusan Malaysia

80 peratus transgender adalah pekerja seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Sebanyak 80 peratus daripada 20,000 golongan transgender di negara ini terlibat sebagai pekerja seks.

MUJAHID YUSOF
MUJAHID YUSOF 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, atas sebab itu Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menyantuni golongan berkenaan dengan melaksanakan pelbagai program rawatan dan pemulihan secara sukarela melalui Program Mukhayyam sejak 2011.

Kata beliau, kerajaan turut berbincang dengan beberapa agensi pekerjaan yang mahu memberi peluang pekerjaan yang bersesuaian kepada golongan transgender.

“Seterusnya, program pendidikan dan advokasi berkaitan isu LGBT berbentuk seminar telah menyasarkan masyarakat awam,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) mengenai pendirian dan usaha kerajaan menangani gejala LGBT.

Jelas Mujahid, Jakim turut menerbitkan buku elektronik yang berjudul Panduan Hijrah Diri bagi membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kembali ke pangkal jalan yang boleh dimuat naik di Google Playstore.

Di samping itu kata beliau, Jakim turut menerbitkan buku ‘Hadith Sahih Berkenaan Pelakuan LGBT’ dan beberapa risalah seperti ‘Memahami LGBT Daripada Perspektif Seorang Muslim’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN